sedikit tentang aku

Thursday, October 27

Jiwang eh ?

Hye. Annyonghaseyo.



My Oppa.




Nak mood jiwang boleh tak ini malam. Kekeke. Nak tulis something lahh. Petikan kat bawah  bagai nih ,aku amek kat dalam satu novel dulu. Aku tak ingat lah ape tajuk dye. Tadi dok kemas bilik, terjumpe kertas kertas lame. Pahtu terjumpe pulak kertas yg aku tulis quote nih. Hahaha. Rindu pulak mase tu. Tu zaman aku kerja after SPM dulu. Rindu bhai mase tu. :'(  Banyak sangat kenangan indah. Dah lebih setahun aku tak jumpe dye. Lately ni kiteorang dah jarang message. Taktau pasaipa. Aku pulak jenis yang tak akan start dulu. Okay. I'm egoistic woman. I know that. Tapi kalau tak tahan sangat, aku start je. Dah lambat sangat. Grrr. HAHA. Opsss. Abaikan.

p/s : Mase bace novel tu. Cover cover, takot kantoi dengan Supervisor. HAHA.




Kata orang, kalau mahu melihat kejujuran cinta, renung dalam dalam di kolam mata. Ketika itu kita mampu melihat keputihan cinta di hati si dia.


Mulut mungkin pandai susun ayat, tapi  mata kita lebih dahulu berkata jujur dan benar.


Kalau hati kau dah pasti, terus terang aje. buat apa bercinta dengan bayang bayang. Selagi kau tak lafazkan itu bukan cinta maknanya, itu syok sendiri !


Hari berlalu begitu pantas. Namun sepantas mana pun waktu, setiap detik tetap istimewa bagi yang tahu menghargai.


Tatkala hati masih kosong, hidup dilihat terlalu biasa. Waktu diputar tidak terase lajunya. Setiap langkah disusun tiada maknanya. Tapi suatu hari apabila hati diisi dengan cinta, terasa hidup ini baru sahaja bermula.


Jangan sesekali membenci, kerana lama lama benci itu mungkin akan bertukar manjadi sayang. Bukan sekadar sayang yang biasa....mungkin lebih dari itu !


Benarlah kata orang, cinta adalah cahaya ghaib yang bersinar dari kedalaman kehidupan. Cinta menerangkan segala yang gelap di sekitarnya. Cinta membawa diri bersatu di dalam bayu, berarak melewati jelapang hidup nan hijau ini.


Orang yang kita sayang selalu membuat kita teruji, Orang yang kita sayang, sering buat jiwa kita melayang dan orang yang kita cinta selalu membuat kita terseksa.


Cinta adalah hati seorang anak Adam. Cinta membawa berita gembira di syurgawi. Cinta itu bisikan semangkuk penuh genangan air mata. Cinta itu kalau diperhalusi adalah wadah penceritaan yang dibungkus keindahan. Cinta itu memang indah biarpun cinta sebenarnye bauran penderitaan.


Alangkah aibnya aku kerana cinta ini. Apakah ini takdir cinta pertamaku ? Apakah benar manusia yang terlalu mencintai, hidupnya akan dibayangi ketakutan sepanjang waktu ? Takut ditinggalkan, takut keseorangan dan takut tidak disayang ? Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Pada Kau aku kembalikan hati dan cinta ini.

1 comment:

  1. kalau beduk dah berbunyi ada lah tu.
    kena tunggu perfect timing.
    hehe.

    ReplyDelete